Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan.
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan.
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan;
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan.
Mungkinkah khayalan akal.
Mainan minda atau lamaran puitis dengan hasrat yang indah.
Kau selalu di hati, tetapi tidakku dekati.
Ku tetap tidak rungsing, tidak mungkin rindu.
Kerana ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru;
senyuman di kaca, kisahmu kubaca.
Ah, dua dunia kita berbeza.
No comments:
Post a Comment